Saturday, October 11, 2008
Taman Universiti Homeopathy, Kg Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan
Taman Universiti Homeopati
Satu ketika dahulu, tidak ramai yang ingin berkunjung ke Kampung Gelang Mas, Meranti, Pasir Mas, Kelantan Darulnaim.
Ini kerana kampung itu adalah sebuah perkampungan yang sepi menuju kearah sempadan Thailand.
Kini suasana perkampungan itu sudah berubah.
Pengunjung boleh datang dan melihat perbagai seni hiasan yang cantik dan unik khususnya hiasan taman dengan berbagai jenis pasu-pasu dari berbagai pelusoh dunia seperti pasu dari China, Solo, Bali, Burma, Laos serta pasu-pasu yang unik berbagai bentuk dari Sayong, Sungai Buloh, Batu Arang dan Air Itam. Tempayan lama dari Kelantan, biasanya orang-orang di kelantan menggunanya untuk mengisi budu, ada berselerak disudut-sudut anjung rumah yang juga memperlihatkan seni bina traditional Melayu Kelantan yang keseluruhan diding luarnya diukir seperti kulit kayu tembesu. Rumah banglo dipinggiran sawah padi ini sekali imbas kelihatan seolah-olah sebuah chalet dipergunungan Brastagi, Indonesia. Mungkin inilah satu-satunya rumah yang unik terdapat di Tanah Rendah Sekebun Bunga.
Satu ketika dahulu perkampungan ini tidak begitu dikenali ramai. Kalau ada pun, ianya lebih dikenali dikalangan pengikut-pengikut seni budaya Melayu kelantan yang dibawa oleh tukang karut dikir barat, Hussin Gelang Mas. Sejak Hussin meninggalkan kampung ini dan akhirnya meninggal dunia beberapa tahun yang silam, nama kampung ini turut tengelam bersama beliau.
Kini suanana perkapungan itu sudah banyak berubah. Dengan ada Taman Universiti, Hospital Homeopati Nik Omar serta kolej perubatan homeopati, nama kampung ini terus menjulang tinggi. Pengunjung silih berganti datang ke taman ini dengan berbagai tujuan, ada yang datang untuk mendapatkan rawatan kepakaran dalam perubatan homeopati, ada yang tinggal di wad disini untuk menjalani terapi lumpuh atau strok dengan rawatan akupunktur China, malah ada yang datng untuk mendapatkan rawatan bekam, reflexologi, naturopati, ozon terapi, rawatan magnetik, infra cahaya, kaunseling, rawatan anti dadah, HIV, hepatitis, kanser dan sebagainya.
Sungguhpun pusat perubatan homeopati ini baru dibuka pada 10 April yang baru lalu, namun sudah ramai pesakit-pesakit dari luar negara, seperti dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, Burma, Singapura, Brunei, Thailand dan lain-lain telah datang kesini untuk mendapatkan rawatan istimewa anti kanser atau kesuburan dengan Prof Nik Omar melaui teknik baru perubatan alternatif iaitu perubatan integrasi dan komplementari homeopati dan akupunktur
Malah tidak kurang ada pengunjung datang hanya sekadar ingin melihat suasana taman universiti ini yang unik dengan hiasan pasu-pasu bunga serta tempayang yang berbagai bentuk dan rupa. Sungguh pun taman ini tidak sehebat, taman-taman lain, namun suasana dan landskapnya yang bersahaja sudah cukup untuk menarik pengunjung untuk melihat seni hiasan dan sekali gus telah menukarkan perkampungan yang sunyi menjadi satu daya tarikan baru pelancongan ke Daerah Pasir Mas, Kelantan Darulnaim.
• Taman Homeopati seluas 10 ekar ini dihiasai dengan pelbagai berbagai bentuk pasu-pasu dan tempayang ini denga dikelilingi oleh 300 pokok-pokok salak madu dan 100 spesis pokok buah-buahan dan tanaman berubat dan dihiasi dengan berbagai bunga-bunga hiasan begitu indah terutama diwaktu pagi fajar sedang menyinsing dan sekali lagi diwaktu fajar mulai terbenam.
• Pemandangan yang menarik ini pastinya akan memikat sesiapa saja yang berkunjung kesini.
• Tidak ada siapa yang menyangka perkampungan yang dikelilingi hutan dan sawah padi itu mempunyai satu taman yang indah dan menarik untuk dikunjungi malah ianya kini mulai menjadi satu daya tarikan pelancongan perubatan atau medical tourism yang baru di Negeri Kelantan Darulnaim.
• Seperti uacapan Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato Dr (H) Haji Abdul Halim Abd Rahman, yang melawat taman ini sewaktu merasmikan Seminar Perubatan Homeopati & Mesyuarat Agong Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati yang ke 25 yang baru lalu, beliau menaruh harapan agar taman homeopati ini akan berkembang maju untuk dijadikan satu lagi daya tarikan baru ke Negeri Kelantan Darulnaim.
• Pembinaan taman ini membabitkan pembelanjaan berpuloh ribu ringgit adalah hasil dari sumbangan bekas-bekas pelajar Fakulti Homeopati dari seluroh negara dan dibina secara gotong royong oleh ahli-ahlinya sememang mempunyai mesej tersendiri yang ingin merealisasi cita-cita ahli-ahli homeopati seluroh Malaysia selama 30 tahun untuk melihat sebuah kolej dan hospital homeopati sendiri dibumi Malaysia menjadi kenyataan.
• Satu doa dan harapan dari lembaga pengarah taman ini, semuga setiap pesakit yang datang kesini dengan berbagai keluhan dan penyakit saperti lumpoh, migrin, gastrik, resdung , HIV , kanser dan sebagainya akan sembuh setelah menjalani rawatan disini tanpa menggunakan sebarang ubat dadah atau steriod, ianya menggunakan pendekatan rawatan melalui ubat-ubat homeopati tulin.
• Susunan landskap kontemporari taman homeopati ini memang mengkagumkan setiap pelawat, pendek kata memang sesuai taman ini dinamakan senagai taman universiti homeopati, ala nusantara Bali dengan suasana nyaman dan syahdu, memang tempat ini amat sesuai menjadi satu tempat perawatan secara holistik yang patutu dikunjungi oleh setiap peminat seni taman dan perawat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment