Saturday, January 8, 2011

Apakah Homeopathy dan Bagaimana Homeopathy Merawat


Apakah Homeopathy

Mengikut huraian dari H/Dr Hajjah Faridah seorang pengamal homeopati yang popular di Kuala Lumur.

"Homeo" = persamaan, " patho @pathy"= Rawatan - Homeopathy ertinya rawatan yang berasaskan persamaan atau keseraksian. Mengikut teori homeopathy @ homeopati . Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja dapat menyembuhkan. Oleh sebab itu, maka homeopati menggunakan kaedah amalan keserasian bagi merawat sesuatu penyakit.

Ubat yang digunakan dalam homeopati dibuat khas mengikut formulasi yang ditetapkan oleh Samuel Hahnemann iaitu berlandaskan teori 'Similar Similibus Curentur' atau lets likes be treated by likes.

Ubat-homeopati yang digunakan adalah terdiri dari 100% bahan-bahan semulajadi , fauna dan flora iaitu dedaunan atau tumbuh-tumbuhan berubat yang buat khas dimana sebarang toksid atau racun pada bahan-bahan ubat tersebut diolah dan hanya yang terbaik akan dijadikan ubat homeopati. Oleh itu para pesakit tidak perlu bimbang dengan penggunaan ubat-ubat, selagi ianya ubat homeopati tulin atau asli ia tidak akan memberi kesan sampingan atau side effect pada pengguna. Ubat homeopati bertindak bagi menyembuhkan sesuatu penyakit secara semulajadi.

Bagaimana Cara Rawatan Homeopati

Pergilah ke mana-mana klinik homeopati terdekat dan Jumpa doktor macam biasa. Doktor homeopati akan membuat pemeriksaan berlandaskan teori dan amalan homeopati. Setelah mendapat maklumat yang jelas barulah doktor akan memberikan ubat-ubat homeopati yang sesuai kepada pesakit tersebut.

Berapakali harus makan ubat.

Jika penyakit tidak serius, sekali rawatan sudah memadai, namun jika penyakit sudah kronik, seseorang pesakit perlu menjalani beberapa sessi rawatan susulan sehingga penyakit sembuh. Kalau cirit-cirit memadai hanya memakan ubat selama satu hari sahaja, sudah sembuh. Begitu juga muntah-muntah, kalau asma atau strok mungkin memerlukan lebih dari 10 atau 12 sessi rawatan. Tidak timbul ubat homeopati lambat bertindak, sebenarnya pesakit sendiri yang mengalami masalah kesihatan bertahun-tahun atau sudah kronik, dan sudah pasti tidak dapat disembuhkan dalam masa yang singkat. Jika penyakit baru dan dapatkan ubat homeopati segera, pasti penyembuhan akan datang segera.

Dimanakah ubat-ubat homeopati dibuat dan bagaimana untuk mendapatkannya.

Hampir semua ubat-ubat homeopati tulin dibuat di luar negara seperti di USA, England, France, Germany, India atau Pakistan. Untuk mendapatkan ubat homeopati anda harus datang terus kemana-mana klinik homeopathy terdekat. Jika anda berada jauh, anda boleh pesan ubat homeopati dari Klinik Dr Nik Omar di 118 Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Tel 03-4042 2020.

Siapakah Ahli Homeopati yang Terbaik di Malaysia.

Ada beberapa orang ahli homeopati senior di Malaysia termasuk Prof Dr Nik Omar di Pasir Mas & Kuala Lumpur, Dr Mohd Nasir Zain di Kota Bharu,, Dr Nik Fairuz di Shah Alam Glenmarie, Dr Zuharni di Kuala Lumpur, Dr Tajuddin Baba di Johor dan lain-lain. Untuk Info sila hubungi Tel 0139314166

Adakah Ubat Homeopati Mahal

Tidak, ubat homeopathy tulin sekitar RM 20.00 satu botol remedi tunggal jika dibeli terus, Jika mendapat ubat dari Klinik Homeopathy mungkin harga RM 45.00 hingga RM 55.00 untuk bekalan satu minggu ubat ( biasa dua ubat)

No comments: