Saturday, May 28, 2011

Cara dapatkan Anak Dengan Homeopathy



Cara Mendapat Zuriat

Mengikut Kaedah Perubatan Homeopathy

Dengan Prof Dr Nik Omar




Rencana 1 :

Homeopathy, Lebih 50 Isteri Kini Timbang Anak


Kota Bharu : Mingguan Malaysia 9 Ogos 1987

Lebih 50 pasangan suami isteri yang mandul setelah berkahwin antara 2 hingga 12 tahun berjaya menimang cahaya mata setelah berubat melalui pengamal perubatan homeopati diseluruh negara dalam beberapa tahun ini.

Pengerusi homeopati Malaysia, Dr Haji Nik Omar Nik Daud memberitahu, pasangan tersebut mendapat anak setelah beberapa bulan mengamal cara perubatan melalui pengamal-pengamal perubatan homeopati diseluruh negara.

Beliau memberitahu demekian ketika ditemui oleh Utusan selepas majlis Konvoksyen dan Seminar Sains Perubatan Homeopati Seluruh Malaysia disebuah hotel terkemuka dibandar ini hari ini. Dalam majlis yang sama seramai 15 pasangan yang telah berjaya mendapat anak melalui rawatan perubatan itu telah diraikan.

Mereka kini ada yang memperolehi 2 dan 3 anak setelah mandul beberapa lama.

Dr Haji Nik Omar memberitahu, setakat ini hampir seratus peratus pasangan mandul telah berjaya mendapat anak setelah mengamalkan cara-cara yang ditentukan oleh pengamal-pengamal perubatan homeopati. " Dengan izin Allah, satakat ini perubatan homeopati telah berjaya membantu pasangan mandul mendapat anak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Haji Nik Omar memberitahu, kini Persatuan Pengamal Perubatan itu telah mengenal pasti sebidang tanah di Kelantan untuk didirikan sebuah hospital homeopati sendiri bagi memberi rawatan kepada orang ramai secara meluas dengan kaedah rawatan baru ini.

Beliau menyambut baik saranan kerajaan Negeri kelantan, Encik Lim Jit Keng yang menyarankan supaya pengamal-pengamal perubatan itu menubuhkan sebuah hospital homeopati untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan bantuan kerajaan negeri.

Dalam konvoksyen itu, seramai 10 telah menerima Advance Diploma In Homeopathic Medicine DHMS (ADv) yang mengambil masa pengajian selama 3 tahun, 10 orang menerima Dilploma Homeopathetherapeutik -DHt.

Berita Akhbar Tahun 1987

No comments: